Hoki Wanita Piala Razak: Melaka benam Perak 

Oleh Penulis Jemputan 23 November 2017 252
Hoki Wanita Piala Razak: Melaka benam Perak 
Melaka melakar kemenangan 2-0 ke atas Perak untuk mara ke penentuan tempat kelima dan keenam dalam Kejohanan Hoki Wanita Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Kuala Lumpur, hari ini.

Melaka, yang menduduki tangga tercorot Kumpulan B, dilihat menguasai awal perlawanan sehingga Nur Aisyah Yaacob melakukan penyudah berkesan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-22.

Selang 10 minit, pasukan itu terus mengasak dan selesa berada di depan apabila Norahafizah Hashim meledak gol kedua.

Perak cuba memburu gol pertama mereka, namun skuad kendalian Dr Mohd Aras Khamis itu berupaya menyekat peluang mereka di hadapan gawang sehingga wisel penamat dibunyikan.

"Kami berada di kedudukan keenam pada tahun lalu, jadi tahun ini kami berharap mendapat tempat lebih baik, iaitu kelima," kata Dr Aras.

Jurulatih Perak, Mohd Azlan Ahmad, berkata: "Kami bermain di bawah keupayaan sebenar di atas faktor keletihan. 

"Semalam kami bermain habis-habisan, jadi hari ini kami cuba untuk mencari kemenangan tetapi nasib tidak menyebelahi. Jadi, kami terpaksa akur dengan kekalahan ini."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen