Hoki Piala Razak: Perak lepasi cabaran pertama

Oleh Hairi Yahaya 6 November 2017 472
Hoki Piala Razak: Perak lepasi cabaran pertama
Tuan rumah, Perak, mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Negeri Sembilan dalam perlawanan sulung kedua-dua pasukan dalam Kejohanan Hoki Piala Razak di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh, malam tadi.

Walaupun dibarisi pemain bintang, Perak tetap tertekan apabila Negeri Sembilan mempamerkan disiplin tinggi mengekang jentera serangan, malah berjaya mencuri peluang mencipta jaringan akibat kesilapan mudah tuan rumah.

Namun, ketua jurulatih Perak, Mohd Nizam Mohd Hashim, melihat perkara itu sebagai asam garam perhitungan sulung kerana masing-masing masih tercari-cari momentum permainan. 

"Memandangkan ini perlawanan pertama kami, saya telah menjangkakan pemain akan tercari-cari rentak.  Hanya dalam suku ketiga, barulah pemain mula serasi sehingga berjaya memecah kebuntuan menjaringkan tiga gol.

"Dalam masa yang sama, Perak juga banyak buat kesilapan sehingga menghukum diri sendiri.  Negeri Sembilan tidak melepaskan peluang membalas dua gol.

"Saya dan pasukan kena perbaiki kelemahan ini sebelum perlawanan seterusnya," ujar Nizam.

Perak akan menyambung aksi kedua apabila bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM), malam esok.

Tentang Penulis

Hairi Yahaya

Komen