Hoki Piala Razak: Perak laung cabaran

Oleh Hairi Yahaya 2 November 2017 290
Hoki Piala Razak: Perak laung cabaran
Perak bertekad untuk muncul juara dalam Kejohanan Hoki Piala Razak yang akan membuka tirainya Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh, Sabtu ini.

Menurut ketua jurulatihnya, Mohd Nizam Mohd Hashim, sasaran itu diletakkan berdasarkan perkembangan positif skuad kendaliannya dan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri. 

"Sekalipun kehilangan tiga pemain utama seperti Mohamad Sukri Abdul Mutalib, Meor Muhammad Azuan Hassan dan Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin, namun saya tetap yakin dengan campuran pemain senior dan junior yang ada.  

"Lagipun, kita ada kelebihan selaku tuan rumah dalam edisi ke-55 kali ini," ujarnya.

Bagaimanapun, Nizam sedar tugas getir menanti skuadnya dalam usaha untuk bergelar juara.

"Saingan dijangka daripada juara bertahan, Terengganu, dan PDRM yang kita tahu mereka dibarisi pemain berpengalaman.

"Saya berharap sokongan padu penonton Perak akan terus membakar semangat kami untuk memberikan yang terbaik," katanya.

Perak diundi dalam Kumpulan B, Divisyen 1 bersama PDRM, Negeri Sembilan dan Johor. 

Tentang Penulis

Hairi Yahaya

Komen