Hoki Piala Razak: Perak bernasib baik kongsi mata

Oleh Hairi Yahaya 8 November 2017 434
Hoki Piala Razak: Perak bernasib baik kongsi mata
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hampir mengejutkan pasukan pilihan, Perak, apabila seri 2-2 dalam Kejohanan Hoki Piala Razak di Stadium Sultan Azlan Shah Ipoh, malam tadi.

Mendahului dua kali pada minit ke-14 dan 44, PDRM gagal mengekalkan momentum apabila Perak mula bangkit dengan aksi lebih kemas dalam separuh masa kedua  dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-36 dan 54 melalui Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan dan Muhammad Akmal Mohd Tajuddin.

Menurut ketua jurulatih Perak, Mohd Nizam Mohd Hashim, keadaan pemainnya yang seakan-akan lambat panas dan gagal menyesuaikan diri di awal permainan, perlu dititikberatkan untuk perlawanan akan datang.

"Saya lega Perak mengutip satu mata malam ini.  Saya tidak menafikan keseluruhan pemain bermain di bawah keupayaan sebenar. Mereka banyak melakukan kesalahan hantaran sehingga merencatkan corak pemainan.

"Syukur pemain bangkit pada separuh masa kedua untuk mengikat permainan," katanya.

Perak masih mengungguli Kumpulan B dengan empat mata setelah mencatatkan satu kemenangan dan satu seri setelah pencabar lain, Negeri Sembilan dan Johor, seri 1-1 dalam satu lagi perlawanan.

Tentang Penulis

 Hairi Yahaya

Komen