Hoki Piala Dunia: Strategi perangkap Pakistan tidak menjadi 

Oleh Staff Writer 5 Disember 2018 7491
Hoki Piala Dunia: Strategi perangkap Pakistan tidak menjadi 
MALAYSIA 1 PAKISTAN 1

Skuad hoki negara menempa laluan berliku untuk ke pusingan kedua Kejohanan Hoki Piala Dunia selepas seri 1-1 dengan Pakistan di Bhubaneswar, India, sebentar tadi. 


Malaysia dan Pakistan masing-masing mempunyai misi serupa, iaitu wajib menang untuk mara ke pusingan seterusnya.

Ini kerana Malaysia dan Pakistan masing-masing tewas dalam aksi pembukaan kepada Belanda dan Jerman, justeru hanya kemenangan boleh menjamin kemaraan.

Bersandarkan prinsip tersebut, kedua-dua pasukan menampilkan aksi yang memberangsangkan apabila perlawanan berlangsung seimbang dan tiada jaringan dihasilkan dalam suku pertama.

Pakar pukulan sudut penalti, Razie Rahim, mempunyai beberapa peluang, namun tetap gagal membolosi gawang Pakistan ketika permainan memasuki suku kedua, salah satu sebabnya atas kehandalan penjaga gol, Imran Butt, yang hebat menafikan segala percubaan Malaysia.

Hanyalah dalam suku keempat, jaringan yang dinanti dijelmakan Pakistan, sekali gus menambah tekanan ke atas anak buah Roelant Oltmans sebelum Faizal Saari menyumbat gol tunggal skuad negara menerusi pukulan sudut penalti untuk keputusan berkesudahan 1-1. 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen