Hoki Piala Dunia: Kekang pukulan sudut penalti Pakistan -- Kumar 

Oleh Penulis Jemputan 3 Disember 2018 247
Hoki Piala Dunia: Kekang pukulan sudut penalti Pakistan -- Kumar 
Ketangkasan S. Kumar kembali ditagih meskipun penjaga gol veteran itu mengalami mimpi ngeri ketika Malaysia dibelasah Belanda dalam aksi pembukaan Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018, kelmarin. 

"Pakistan mempunyai kemahiran yang tinggi dan mampu bermain bagus ketika berdepan Jerman. 

"Kami perlu berwaspada serangan balas dan mereka mempunyai banyak kelebihan.

"Sebab itulah mereka mampu memberi saingan kepada pasukan hebat Eropah seperti Jerman dan Belanda," katanya. 

Pakistan mempunyai beberapa pakar yang boleh menghasilkan gol daripada pukulan sudut penalti, jadi Kumar enggan mengambil mudah soal itu. 

"Mereka mempunyai beberapa pemukul yang baik. 

"Kami perlukan pendekatan yang tepat untuk menyekat pukulan sudut penalti mereka. 

"Kami bermula dengan baik untuk mencerahkan kejayaan kami. 

"Sebagai penjaga gol, tidak banyak yang boleh saya lakukan. 

"Selain daripada itu, rakan sepasukan perlu membantu saya. 

"Kami telah berusaha sebelum ini (ketika bertemu Jerman), tetapi kami perlu kaji langkah yang betul untuk menjayakannya nanti," tambahnya. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen