Hoki Piala Dunia: Faizal kecewa gagal tewaskan Pakistan

Oleh Penulis Jemputan 6 Disember 2018 276
Hoki Piala Dunia: Faizal kecewa gagal tewaskan Pakistan
Anugerah pemain terbaik perlawanan tidak cukup untuk memuaskan hati penyerang skuad hoki negara, Faizal Saari, yang meledak gol penyamaan ketika Malaysia seri 1-1 dengan Pakistan dalam aksi kedua Kumpulan D, Piala Dunia di Bhubaneswar 2018, semalam.

Faizal membuktikan dirinya antara penyerang terbaik Asia dengan menjaringkan satu gol tatkala corak permainan berbeza ditampilkan skuad kebangsaan ketika mengikat seri Pakistan.

"Secara peribadi, saya berasa sedikit kecewa dengan keputusan perlawanan, namun kami masih mempunyai baki satu perlawanan menentang Jerman.

"Kami perlu mengambil positif perlawanan itu dan berehat secukup-cukupnya sebelum berdepan Jerman nanti," katanya.

Mengulas mengenai perlawanan menentang seteru Asia itu, Faizal menjelaskan: "Pakistan mungkin sudah dapat membaca corak permainan kami. Jika tidak, kami berkemungkinan menjaringkan lebih banyak gol.

"Mungkin nasib tidak menyebelahi kami dan kami perlu meraih kemenangan ke atas Jerman."

Malaysia perlu menewaskan Jerman sambil mengharapkan Belanda menewaskan Pakistan untuk layak ke pusingan kedua.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen