2014 merupakan tahun yang akan diingati bekas penjaga gol hoki negara, Hafizuddin Othman, apabila digugurkan oleh Arul Selvaraj dalam senarai akhir ke Sukan Asia Incheon, Korea Selatan.

Bagaimanapun, pemain berusia 28 tahun itu sedia menambat semula hati ketua jurulatih tersebut yang pernah menggugurkannya enam tahun lalu.

Sebelum ini, Hafizuddin juga digugurkan oleh Roelant Oltmans awal tahun ini atas alasan gagal mempamerkan tahap kecergasan yang baik.

"Arul memberi tempoh selama beberapa minggu untuk saya membuktikan kecergasan kepadanya," katanya.




Namun, dia mengakui prestasinya meningkat selepas membantu pasukan Kuala Lumpur meraih tempat ketiga dalam Piala Tun Abdul Razak 2020 minggu lalu.

"Saya mengimpikan untuk beraksi dalam Piala Asia, Sukan Asia, Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik.

"Itulah harapan saya untuk menyarung semula jersi kebangsaan dan sekiranya nama tersenarai, saya pasti akan berusaha dengan lebih gigih," tambahnya.

Arul bakal mengumumkan senarai skuad The Malaysian Hockey Tigers, Khamis ini, selain berkemungkinan memanggil lebih ramai barisan pemain sebelum memuktamadkan senarai akhir sejurus Liga Hoki Malaysia (LHM) tahun depan.