Faizal yakin Malaysia lepasi peringkat kumpulan

Oleh Penulis Jemputan 29 Oktober 2018 106
Faizal yakin Malaysia lepasi peringkat kumpulan
Penyerang skuad hoki negara, Faizal Saari, yang muncul penjaring terbanyak ketika Malaysia meraih tangga ketiga Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2018 di Muscat, Oman, yakin Malaysia mampu melepasi peringkat kumpulan Piala Dunia bulan depan selepas mempamer peningkatan di bawah kendalian Roelant Oltmans.

Faizal mencipta sensasi apabila muncul penjaring terbanyak ACT dengan lapan gol.

Dia menjaringkan dua gol ketika The Malaysian Hockey Tigers seri 2-2 menentang Jepun dalam penentuan tempat ke-3/4 sebelum anak buah Oltmans itu memastikan menaiki podium menerusi kemenangan penentuan pukulan penalti 3-2.

Ini kali kelima Malaysia meraih tangga ketiga ACT, namun kali ini Malaysia mempamerkan tentangan sengit sebelum diatasi India dan Pakistan yang dinobatkan juara bersama.

"Bersama Oltmans, skuad hoki negara telah berusaha untuk menyesuaikan diri dan semangat yang ditampilkan pasukan ketika beraksi adalah sesuatu yang sangat baik," kata Faizal.

"Tanpa Razie Abd Rahim, Fitri Saari dan S.Kumar yang tidak tampil beraksi dalam sebarang perlawanan, Malaysia dapat meraih tempat ketiga dan ia adalah suatu petanda baik. Saya percaya skuad negara dapat memperbaiki lagi persembahan untuk kejohanan akan datang," kata bekas kapten negara, Datuk Mirnawan Nawawi.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen