Penyerang skuad hoki negara, Faizal Saari, yang sedang berusaha merebut kembali tempatnya dalam pasukan, memulakan langkah pertama dalam bidang kejurulatihan.

Penyerang berbisa itu ditawarkan sebagai jurulatih sokongan kepada skuad Sukma hoki lelaki Terengganu.

"Satu permulaan yang bagus untuk diri saya bagi menimba pengalaman," kata Faizal yang berkongsikan perkembangan itu semasa ditemu ramah oleh wartawan Nadi Arena, Irfan Ali.
.
Apabila tanya mengenai perancangannya selepas ini, Faizal berkata dia akan terus mencurahkan baktinya dalam skuad hoki sekiranya akan dipanggil.

"Saya masih ingin bermain dan akan teruskan perjuangan saya jika dipanggil semula ke dalam pasukan negara.

"Keluarga sentiasa memberi sokongan kepada saya untuk mencuba sesuatu yang baru, sekiranya ada sinar dalam bidang kejurulatihan saya akan terus berkembang maju dalam bidang ini.

"Jika dipanggil ke dalam pasukan, sudah pasti saya akan sertai. buat masa sekarang saya sudah sertai pasukan Sukma Terengganu, tugasan saya bersama pasukan ini adalah mencari jalan terbaik untuk menjaringkan gol.

"Saya akan bantu sebanyak yang mampu dan berusaha untuk menggilap pemain-pemain baru untuk diserap masuk ke dalam skuad kebangsaan,"tambahnya lagi.

Kredit: FB 4 State Hockey Club - ROSA: 8455/2016