Enam pemain import jadi taruhan THT

Oleh Staff Writer 20 Disember 2016 30
Enam pemain import jadi taruhan THT
Jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), Sarjit Singh, mengesahkan pasukan itu akan diperkuatkan enam pemain import bagi menghadapi saingan Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL) 2017, bermula Januari ini.

“Kami mengekalkan sebahagian besar pemain tempatan musim lalu serta enam pemain import, iaitu dua dari Argentina, dua dari Korea Selatan dan dua dari Pakistan.

“Empat daripada enam pemain import itu sudah sah akan bersama pasukan ini, iaitu Muhammad Irfan Muhammad Aslam, Ammad Shakeel Butt (Pakistan), Jang Jong Hyun (Korea Selatan) dan Pablo Javier Trevisan (Argentina)," katanya.

Selain itu, dua pemain tempatan baharu memperkuatkan THT, iaitu bekas pemain Sapura, Muhammad Firhan Ashaari dan pertahanan Maybank, B. Namasivayam.

Sementara itu, Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Mohd Fitri Saari, Faizal Saari, Azlan Misron, Jivan Mohan, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil dan Muhammad Hafizuddin Othman akan kekal bersama skuad itu.

“Pasukan ini telah menjalani latihan sejak dua minggu lalu di Kuala Lumpur dan persiapan kali ini lebih baik sejak tiga tahun lalu,” katanya yang ditemui selepas perlawanan persahabatan THT dan Inner Mongolia di Kuala Terengganu, semalam.

THT akan menghadapi empat lagi perlawanan persahabatan di ibu negara, minggu depan.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen