Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, ditawarkan tempat sebagai pengendali Terengganu Hockey Team (THT) menjelang saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) bulan depan ketika kontraknya bersama skuad kebangsaan akan tamat 31 Disember ini.

Tidak sampai seminggu selepas keputusan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) tidak menyambung kontrak barisan jurulatih kebangsaan, Dhaarma menjadi individu pertama yang mendapat tempat dalam LHM.

THT menawarkannya jawatan selaku ketua jurulatih baru bagi menggantikan I. Vickneswaran yang tidak dilanjutkan khidmatnya, sekali gus membuktikan sentuhan bekas pengendali skuad wanita negara itu terus ditagih.

Dalam masa sama, dia juga dikatakan menjadi buruan sebuah pasukan dari luar negara.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11.00 malam ini.