Jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, akur apabila Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menamatkan kontraknya dan sedang menjalankan rundingan dengan beberapa pihak untuk berhijrah ke luar negara.

Dhaarma antara jurulatih paling cemerlang tahun ini apabila membantu skuad hoki wanita dalam dewan meraih pingat emas Sukan SEA selain tangga ketiga Siri Final Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Namun, KHM tetap menamatkan kontrak semua pengendali tempatan berakhir 31 Disember ini sebelum proses temu duga baru dijalankan Mac depan.

Hanya ketua jurulatih skuad lelaki negara, Roelant Oltmans, terselamat kerana mempunyai kontrak hingga Oktober tahun depan.

Ia tamparan hebat untuk barisan pengendali negara.

"Saya mengambil situasi ini secara terbuka dan memikirkan tentang tawaran-tawaran yang diterima dari luar negara dan menentukan hala tuju masa depan saya selepas ini," kata Dhaarma.