Arul bangga dengan pemain walaupun tewas kepada Jepun

Oleh Muzaffar Musa 18 April 2021 3633
Arul bangga dengan pemain walaupun tewas kepada Jepun
Ketua jurulatih skuad hoki negara, Arul Selvaraj, berbangga dengan komitmen yang diberikan pasukannya meskipun tewas 0-3 kepada Jepun dalam perlawanan persahabatan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

The Malaysian Hockey Tigers gagal memecahkan kebuntuan gol biarpun dihidangkan beberapa peluang sebelum Jepun memanfaatkan pukulan sudut penalti Hirotaka Zendana untuk berada di depan pada minit ke-19.

Pasukan pelawat itu kemudian menambah dua lagi jaringan menerusi penyudah Kota Watanabe dan Ryosei Kato, masing-masing pada minit ke-50 dan 55.

Meskipun tewas, Arul menghargai komitmen yang diberikan pemainnya sambil mengakui masih ada beberapa penambahbaikan yang diperlukan pasukannya.

"Walaupun kesemua mereka (pemain) berpuasa, saingan liga baru berakhir dan hanya dua hari berlatih bersama pasukan, setakat ini, saya berbangga dengan apa yang mereka pamerkan.

"Apa yang saya mahukan adalah usaha, tenaga dan sikap, dan saya berbangga dengan mereka.

"Salah satu perkara yang perlu diperbaiki adalah konsep bertahan. Banyak perkara telah mereka lakukan dengan betul tetapi masih ada yang perlu diperbaiki," katanya.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen