Arif Sabron sanggup menolak tawaran Sabah dalam Liga Hoki Malaysia demi mencapai cita-citanya mewakili skuad senior kebangsaan.

Bekas penyerang hoki remaja negara itu menerima tawaran Butterfly Roma menjelang saingan Liga Hoki Itali, bulan depan sekali gus menjadi langkah penting untuk merebut tempat dalam The Malaysian Hockey Tigers.

"Saya menolak tawaran Sabah untuk beraksi di Itali bersama Butterfly Roma. Saya mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin," kata Arif Sabron.

"Saya menerima tawaran ini kerana mahu memperkembangkan karier hoki dan pengalaman di sana. Saya mahu mengenal pasti cara permainan barisan pemain hoki Eropah dan menimba corak permainan baru.

Katanya lagi, "Fizikal adalah perkara nombor dua, walaupun saya agak kecil tetapi saya tetap akan memberikan yang terbaik.

"Menggunakan Faizal Saari sebagai idola, kerana dia memiliki corak permainan, gerakan yang menarik perhatian."