Trio hoki wanita negara diketuai penyerang, Nur Amirah Syakirah Zulkifli, belum putus asa untuk kembali beraksi dalam Liga Jerman, semangat tetap membara untuk menimba ilmu di luar negara walaupun terpaksa menunda kepulangan ke negara itu.

Amirah mencuri tumpuan dalam pusingan pertama Liga Hoki Wanita Jerman apabila membantu Bremen HC menghuni takhta divisyen 1.

Lebih menarik penyerang kelahiran Kedah itu meledak 14 gol selepas lapan perlawanan untuk muncul pendahulu penjaring terbanyak divisyen 1.

Pusingan kedua sepatutnya bersambung Sabtu ini namun ditunda ekoran pandemik covid-19.

"Saya berharap Covid-19 dapat berakhir supaya kami semua dapat kembali menjalani latihan seperti biasa. Setakat ini, tiada tarikh yang masih belum ditetapkan dan jurulatih telah berhubung dengan kami dan mahukan saya dan rakan-rakan kembali ke Jerman selepas keadaan semakin beransur pulih," kata Amirah.

Dua lagi pemain negara beraksi di Bremen HC ialah Juliani Mohamad Din dan Maziatul Hanim Syafi Shiek Fuad.

Persekutuan Hoki Jerman belum menentukan bila tarikh baru pusingan kedua akan bermula.

"Hoki", "Nur Amirah Syakirah Zulkifli",