Atlet angkat berat wanita negara, Sharifah Inani Najwa Syed Anuar, mengharapkan pengorbanannya mengeluarkan duit poket sendiri membuahkan hasil untuk merangkul pingat dalam penampilan ketiganya di pentas Sukan Komanwel di Gold Coast.

Sandaran skuad angkat berat bagi kategori wanita antaranya diletakkan kepada Sharifah Inani yang akan bertanding dalam acara 53kg.

"Saya akan cuba yang terbaik kerana saya layak secara merit untuk ke Sukan Komanwel. Pentas ini saya pernah lalui dahulu.

"Saya pun sudah biasa dengan keadaan di sini. Insya-Allah, saya akan cuba yang terbaik," katanya.

Ditanya tentang perbelanjaan sendiri datang ke sini untuk melepasi had kelayakan, Sharifah Inani berkata: "Banyak dugaan yang saya lalui untuk sampai ke sini.

"Jadi, saya tidak akan lepaskan peluang ini. Untuk sampai ke sini tidak mudah, saya berlatih seorang diri.

"Saya layak ke sini menggunakan wang sendiri. Jadi, saya akan buat yang terbaik kali ini," katanya lagi.


JADUAL ANGKAT BERAT

Khamis
• Azroy Hazal Wafie (Lelaki 56 Kg)
• Aznil Bidin (Lelaki 62Kg)

Jumaat
• Erry Hidayat (Lelaki 69Kg)
• Sharifah Inani Najwa (Wanita 53Kg)
• Marlyne Marceeta (Wanita 58Kg)

Sabtu
• Fazrul Azrie Mohdad (Lelaki 85Kg)
• Abd Mubin Rahim (Lelaki 77Kg)

Ahad
• Jabriella Teo Samuel (Wanita 75Kg)

Isnin
• Norfarhan Ideris (Lelaki 100Kg +)
• Siti Aisyah Rosli (Wanita 90Kg)