Piala Antarabangsa SAS: Pahang Rangers terlepas peluang raih tempat ketiga

Oleh Nafis Abdullah 23 Februari 2020 161
Piala Antarabangsa SAS: Pahang Rangers terlepas peluang raih tempat ketiga
Hajat Pahang Rangers untuk menamatkan saingan futsal Piala Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SAS) di tangga ketiga tidak kesampaian selepas tumpas di tangan FC Nakai 5-4, sebentar tadi.

Permainan menarik ditampilkan kedua-dua pasukan sebaik sahaja permainan bermula tatkala gol awal terhasil seawal minit kedua menerusi Akira Maeda untuk meletakkan Nakai di depan sebelum Pahang bangkit memberikan tekanan menerusi Khairul Effendy yang bijak menggunakan kesempatan hasil kesilapan pemain lawan.

Namun, Nakai kembali di depan pada minit ketujuh selepas Akmarul Nizam gagal megeluarkan percubaan Maeda tetapi Saiful Nizam mengikat kedudukan buat kali kedua buat Pahang.

Satoshi Ishizeki mudah meletakkan pelawat kembali mendahului selepas menyempurnakan sepakan penalti sebelum gol Isshin Fuji melebarkan pendahuluan 4-2 sebelum rehat.

Kensuke Nakai tenang menyudahkan peluang di awal babak kedua dan walaupun Firdaus Ambiah dan Akmarulnizam Idris merapatkan jurang, wakil dari Jepun itu mengesahkan kemenangan sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan.

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen