Pasukan KPM-PST Mustang bakal membuat penampilan sulung di pentas Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) 2020 dalam usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan lebih ramai bakat muda.

KPM-PST Mustangs antara empat pasukan baru yang akan menyertai saingan MPFL 2020, sekali gus menyaksikan 12 pasukan sah bertanding.

Saingan yang bakal bermula dari 14 Mac hingga 30 September depan itu akan menggunakan format timbal balik. Lapan pasukan terbaik selepas berakhirnya saingan liga akan berentap dalam saingan kalah mati Piala Futsal Malaysia dari 31 Oktober hingga 12 Disember depan.

Skuad KPM-PST Mustangs ditubuhkan menerusi kerjasama KPM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dengan seramai 21 pemain dipilih menerusi persembahan mereka dalam Liga Futsal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi membentuk sebuah pasukan yang bakal beraksi bagi musim 2020.



Ikuti laporan lanjut dalam Nadi Arena jam 5.30 petang dan 7.30 malam.



Editor: Ammar Hakim