Perak, seperti dijangka, mudah melepasi cabaran wakil Brunei, Shah United FC, dengan kemenangan 6-0 dalam Kejohanan Futsal Antarabangsa Powernet di Stadium Indera Mulia Ipoh, sebentar tadi.

Selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Bank Sumut semalam, pemain pasukan tuan rumah itu meneruskan rentak cemerlang dengan taktikal berkesan walaupun lawan berusaha memberi tentangan dalam babak kedua.

Dengan gerakan kemas dan serangan tersusun, Perak mendahului lawan 2-0 dalam tempoh seminit perlawanan melalui penyudah Muhammad Firdaus Zulkefli.

Iqhmal Najmie Ismail kemudian menambah derita lawan apabila menjaring dua gol berturut-turut diikuti tindakan pemusnah Muhammad Farikh Khabibor Rahman untuk Perak selesa 5-0.

Bagaimanapun, Shah United mempamerkan persembahan lebih kemas dengan serangan bertali arus ke kubu lawan tetapi ketiadaan penyudah menjadi faktor yang menghampakan.

Sebaliknya, Perak selepas menambah jaringan melalui hatrik Iqhmal Najmie.


Editor: Muzaffar Musa