Futsal Antarabangsa: CAT bangkit

Oleh Azizan Hashim 16 Januari 2020 109
Futsal Antarabangsa: CAT bangkit
Wakil Thailand, CAT FC, bangkit dalam babak kedua untuk mengecewakan Bank Sumut FC 3-2 dalam Kejohanan Futsal Antarabangsa di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. 

Ketinggalan 1-2 dalam babak pertama, pasukan Gajah Perang itu, yang menang besar 10-0 ke atas wakil Brunei, Shah FC, semalam, mengubah rentak dalam baki saingan itu.

Penjaring utama, Kannachat Meemak, sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada pasukan lawan dengan menjaringkan dua gol. 

Satu lagi gol disumbangkan oleh Trakan Toemthanasak. 

Begitupun, Bank Sumut, yang tumbang 0-2 di tangan Perak semalam, terlebih dahulu melakukan kejutan apabila mendahului 2-0 melalui jaringan Harry Yunandar Dalimunthe dan Ansyari Karnanda Akbar.



Editor: Muzaffar Musa

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen