Chun Yong bimbang tahap kecergasan anak buah

Oleh Nafis Abdullah 26 Mei 2020 79
Chun Yong bimbang tahap kecergasan anak buah
Ketua jurulatih skuad futsal lelaki negara, Chiew Chun Yong, masih belum mampu menghela nafas lega di sebalik keputusan tuan rumah Kejohanan Futsal AFF 2020, Thailand, untuk tetap meneruskan penganjuran saingan itu yang ditunda ke Januari depan. 

Saingan futsal Piala AFF sepatutnya berlangsung pada Julai depan di Bangkok sebelum ditunda ke Oktober nanti susulan penularan wabak Covid-19.

Kini, biarpun ditunda ke Januari, Chun Yong tetap khuatir dengan kecergasan barisan pemainnya dalam tempoh ini selepas mengambil kira faktor negara jiran bakal memulakan kembali liga futsal mereka dalam waktu terdekat.

Dalam masa sama, Malaysia masih menanti status dan keizinan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) sama ada ia dapat diteruskan ataupun sebaliknya.

"Saya akan menemui pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk berbincang dan mendapatkan maklumat mengenai jadual liga," kata pengendali itu.

Jika ia berjaya, Chun Yong juga perlu memikirkan semula jadual liga yang padat memandangkan FAM tidak bercadang untuk memendekkan perjalanan liga futsal dengan semua perlawanan akan dijalankan seperti biasa.

"Liga di Vietnam dan Thailand akan bersambung pada bulan depan serta Julai tetapi saingan di Malaysia masih samar. Jadi, saya agak risau mengenai pemain memandangkan wakil negara jiran akan memulakan latihan lebih awal."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen