Team Liquid kini lebih agresif selepas pengumuman baharu mereka mengenai suntikan dana sebagai sebuah organisasi pertama untuk eSukan didunia.

Kini Liquid ingin mengembangkan potensi mereka dengan menubuhkan pasukan baharu untuk game Civilization VI. Dengan menandatangani MrGameTheory, seorang pemain yang pernah menceburi didalam perlawanan kompetitif Civ IV. Menariknya, co-CEO dan pengasas bersama Liquid jmempunyai latar belakang dengan penyertaan perlawanan kompetitif Civilization.

Namun setakat ini masih banyak tanda tanya terjadi dengan keupayaan siri Civ baharu ini untuk perlawanan multiplayer secara kompetitif. Game yang baharu sahaja dipasarkan dalam beberapa hari yang lepas, menampakkan ianya lebih memfokuskan kepada permainan secara solo.

Ini adalah sebuah berita yang amat menarik khususnya didalam industri eSukan, kita mungkin akan dapat melihat Team Liquid dapat mengubah persepsi dan konsep Civilization kepada perlawanan kompetitif kelak.

Artikel Asal Didalam Bahasa Inggeris

[Artikel Asal Penulis di GamerMalaya.my]