Sembang Game: Kenali atlet dan streamer Esukan kegemaran anda

Oleh Staff Writer 21 September 2020 114
Sembang Game: Kenali atlet dan streamer Esukan kegemaran anda
Kita tahu betapa seronoknya streamer kita dan betapa hebatnya e-atlet profesional kita dapat bermain. Tetapi, apa sebenarnya yang berlaku di belakang kamera? Apa yang telah mereka lakukan untuk menikmati kejayaan sehingga kini? Astro Arena dan eGG Network memberikan jawapan kepada anda dalam Sembang Game.



Sembang Game adalah rancangan bual bicara TV terbaharu yang menampilkan segmen bual bicara eksklusif bersama beberapa personaliti popular dalam dunia Esukan di Malaysia, termasuk Soloz, Mushi, Yana Samsudin dan banyak lagi.



Dihoskan oleh pelakon-streamer, Jaasuzuran dan pemain futsal-streamer, Intanserah yang bersama-sama membincangkan topik-topik hangat seperti pencipta kandungan, wanita dalam Esukan, penganjuran acara dan pemain profesional untuk berkongsi kisah perjalanan karier dan pandangan mereka mengenai industri ini.

Selain itu, barisan tetamu undangan akan bermain permainan fizikal dan permainan video, termasuk Overcooked 2 dan Super Smash Bros.



Tayangan perdana Sembang Game telah berlangsung pada 15 dan 17 September di Astro Arena (CH801 & CH802) dan eGG Network (CH800). Episod baharu akan disiarkan setiap hari Selasa, jam 10 malam di Astro Arena; dan setiap hari Khamis, jam 9 malam di eGG Network.



Sembang Game dipersembahkan oleh Kementerian Belia & Sukan dan Esports Integrated (ESI) yang merupakan satu inisiatif untuk memangkinkan ekosistem Esukan yang rancak dan lestari. Inisiatif ini dikendalikan oleh Impact Integrated di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan.
Untuk maklumat terkini mengenai industri Esukan Malaysia dan acara dan kejohanan ESI yang akan datang, anda boleh ikuti ESI di Facebook, Instagram dan Twitter hari ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen