Acara eSukan Overwatch Open akhirnya menutup tirai dengan pasukan Misfits selaku pemenang dengan membawa pulang wang tunai sebanyak $100,000 USD dengan menewaskan pasukan EnVyUS dari benua Amerika Utara.

Overwatch Open adalah sebuah acara berskala besar untuk perlawanan eSukan game Overwatch yang disiarkan diseluruh dunia seperti saluran TBS dan juga Astro eGG.

Selepas perlawanan yang agak sengit antara pasukan terhebat didunia, kekalahan EnVyUs amat mengejutkan pada banyak pihak dengan markah 3-1 terhadap Misfits.

Manakala Misfits, selaku antara pasukan yang terbaik di Eropah bersama dengan pasukan lain seperti Rogue dan REUNITED, Misfits baru-baru ini mempunyai cabaran atas kerana kekurangan pemain untuk bermain di peringkat akhir sebelum ini. Dengan pemain Zaprey selaku tugas DPS yang bersara dan Skipjack, salah seorang pemain posisi tank yang hebat terpaksa membatalkan hasrat beliau untuk bermain di Atlanta atas sebab isu keluarga, Misfits terpaksa membawa pemain sokongan seperti Hidan of NoNameYet dan Ryb selaku posisi tank yang pernah dikenali sebagai OWKings.

Berikut adalah senarai penuh untuk pemenang Overwatch Open yang lepas:

1st ($100,000): Misfits

2nd ($32,000): Team EnVyUs

3-4th ($24,000): Rogue, Fnatic

5-8th ($12,000): FaZe Clan, Ninjas in Pyjamas, Cloud9, NRG eSports,

9-12th ($6,000): Team Dignitas, Luminosity Gaming, Method, Team Liquid

13-16th ($6,000): REUNITED, ANOX, Splyce, Immortals

[Artikel Asal Penulis di GamerMalaya.my]