Pasukan Malaysia bergelut mencipta impak dalam saingan Jemputan MPL 4 Nation Cup (MPLI), yang bermula Jumaat lalu.

Turut bersaing adalah pasukan daripada Indonesia, Singapura dan Myanmar, dengan wang hadiah bernilai ASD100,000 menjadi menjadi rebutan.

Bagaimanapun, Indonesia mula tampil cemerlang pada penghujung saingan kelayakan, mendahului saingan dalam setiap kumpulan.

Onic Esports meraih kemenangan ke wakil negara, SMG and Todak 2-0 Jumaat lalu dalam saingan Kumpulan A.



SMG turut tewas 0-2 satu lagi wakil Indonesia Aurafire, menyaksikan mereka di kedudukan tercorot.

Dalam Kumpulan B, satu lagi wakil negara, Bosskurr, tewas 0-2 kepada EVOS SG, sebelum bangkit mengatasi Notorious Villains dari Singapura 2-1 bagi menghidupkan peluang untuk terus kekal dalam saingan.



Bigetron Esports unggul dalam saingan Kumpulan C mengatasi wakil senegara, Genflix Aerowolf dan Geek Fam ID, sementara Siren Clan dari Singapura meraih satu kemenangan.

Manakala, naib juara MPL Malaysia dan Singapore (MPL-MY/SG) Geek Fam, satu-satunya pasukan Malaysia yang bakal melayakkan diri secara terus ke play-offs, turut bernasib malana apabila tewas kepada 1-2 EVOS Legends (Indonesia).

Saingan kelayakan bersambung 26 Jun hingga 28 Jun, siaran langsung di eGG Network dan Astro Arena di Malaysia, manakala pusingan play-off dijadualkan bersambung 3 Julai ini.