MPL 4 Nations: Todak optimis mara ke play-off

Oleh Ammar Hakim 24 Jun 2020 21
MPL 4 Nations: Todak optimis mara ke play-off
Walaupun tewas dalam perlawanan pertama, pasukan Todak kekal optimis untuk melangkah ke pusingan seterusnya dalam Kejohanan Empat Penjuru Mobile Legends.

Todak gagal melepasi halangan pertama apabila tewas kepada pasukan Indonesia, Onic Esports dalam saingan Kumpulan A. Namun itu bukan penghalang kerana mereka telahpun mengenalpasti kekurangan yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan seterusnya.

"Ketika berdepan Oniq, kami telah cuba melihat strategi yang sering kali mereka gunakan tetapi terdapat taktikal yang kami mahu gunakan gagal berhasil," kata pemain Todak, Zikry Shamsudin.

Bakal berdepan pasukan tempatan iaitu Team SMG Jumaat ini, Todak menegaskan mereka akan memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

"Berdasarkan pengalaman berdepan lawan seterusnya, SMG, kami akan menggunakan strategi 'split push' kerana mereka lebih menerapkan permainan secara berpasukan," kata Pengurus Pasukan, Mohd Syazlan Mohd Rosdi.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen