MPL 4 Nations: Geek FAM giat kaji strategi pasukan lawan

Oleh Ammar Hakim 25 Jun 2020 28
MPL 4 Nations: Geek FAM giat kaji strategi pasukan lawan
Muncul naib juara dalam saingan MPL MY-SG musim kelima, Geek FAM, giat mengkaji strategi pihak lawan dalam persiapan menghadapi pusingan kalah mati hujung bulan ini dan kika diberikan peluang, mereka menginginkan Team Bosskurr untuk menjadi saingan buat mereka.

"Saya mahu bertemu Bosskur, ia dapat meningkatkan lagi jumlah penonton saingan tersebut," kata pemain Geek FAM, Amirul Shafiq Mohd Amir.

"Kami mengetahui kemampuan mereka, walaupun dengan kehadiran pemain-pemain baru dalam pasukan Bosskur, kami tidak memandang rendah kemampuan mereka serta melihat mereka sebagai pasukan utama di Malaysia," kata pemain Nik Aqieff Nik Muhammed Muhyyiddin.

Selain Geek FAM dan Team Bosskurr, dua lagi wakil negara iaitu Team SMG dan Todak memburu gelaran juara Kejohanan Empat Penjuru Mobile Legend.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen