Kejohanan Dunia PUBG: Team Secret miliki peluang rangkul juara

Oleh Ammar Hakim 25 Januari 2021 135
Kejohanan Dunia PUBG: Team Secret miliki peluang rangkul juara
Team Secret yang mewakili Malaysia dalam Kejohanan Dunia PUBG di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE) mempunyai peluang untuk merangkul kejuaraan apabila berada di tangga kedua kejohanan tersebut.

Ia situasi yang berbeza daripada pasukan Todak yang gagal mara ke pentas akhir dalam Kejohanan Dunia Mobile Legends baru-baru ini apabila Team Secret mempunyai gaya permainan yang lebih konsisten dengan mengumpul sebanyak 129 mata.

"Saya berasakan cara permainan sangat penting tetapi strategi yang digunakan sebaik mungkin dan ia berhasil," kata pengurus pasukan, B. Parthiban.

"Saya berasakan jika kami dapat menampilkan permainan yang konsisten saya yakin peluang kami untuk bergelar juara kali ini."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen