Zinedine Zidane bertekad memanfaatkan masanya di Real Madrid memandangkan dia tidak pasti berapa lama dia akan bertahan di Santiago Bernabeu.

Ulang tahun keempat tahun pelantikan awalnya bersama gergasi LaLiga itu menuju ke penghujungnnya selepas pengurus dari Perancis tersebut bulan lalu mendedahkan bahawa dia tidak membincangkan usaha melanjutkan perjanjiannya yang akan berakhir pada 2022.

Menjelang bertemu Celta Vigo, awal pagi esok -- ketiadaan ketua pasukan, Sergio Ramos, akibat masalah perut -- bekas bintang tengah dunia itu diminta mengulas sama ada kontraknya akan dilanjutkan empat tahun lagi di Madrid.

Begitupun, dia mengakui tidak dapat menjamin kedudukan untuk jangka masa panjang dengan berkata: "Anda memerlukan banyak perkara tetapi ini adalah satu kedudukan yang bagus di sini.

"Saya cukup bernasib baik untuk mengatakan bahawa saya adalah pengurus Real Madrid dan sentiasa memanfaatkannya setiap saat. Saya tidak boleh mengatakan akan kekal di sini sebulan, setahun atau empat tahun lagi. Saya menjalani kehidupan seperti biasa.

"Itulah yang saya gemari; dari hari ke hari, untuk mencurahkan segala yang saya ada baik dalam setiap sesi latihan mahupun setiap perlawanan. Itulah yang saya gemari.

"Selebihnya? Saya tidak tahu apa yang akan terjadi dalam tempoh seminggu. Itulah sebabnya kami harus memanfaatkan detik ini."

Zidane berharap dapat menambah gelaran ke-11 sebelum angkat kaki walaupun sedar pemburuan gelaran LaLiga musim ini jauh lebih sukar.



Juara bertahan itu boleh memintas Atletico Madrid sekiranya mereka menewaskan Celta yang belum tewas dalam 12 perlawanan LaLiga, namun Los Blancos sudah beraksi lebih dua perlawanan.

Kelebihan menjurus ke arah Atleti buat masa ini, namun bekas pemenang Ballon d'Or tersebut tidak mahu terlalu mengambil pusing.

"Menjadi pendahulu bermaksud anda mempunyai kelebihan dan itu saja," jelasnya.

"Kami perlu terus berusaha. Kami tidak dapat menyekat (Atleti yang merupakan pilihan).

"Mereka mempunyai kelebihan kerana mereka di kedudukan pertama dan itu saja. Ramai orang bercakap tentang Atletico sekarang kerana seperti yang saya katakan, mereka memimpin carta.,

"Tetapi yang baik mengenai persaingan liga ini, kejuaraan adalah terbuka pada penghujung musim -- seperti biasa. Kita akan lihatnya."

Walaupun berbekalkan rekod mantap terhadap Celta -- mampu menggegar gawang dalam setiap 28 pertemuan LaLiga yang merupakan rekod terbaik mereka ke atas mana-mana kelab Sepanyol -- Madrid hanya mampu seri 2-2 di Santiago Bernabeu musim lalu.

Kali terakhir mereka seri berturut-turut adalah pada Mei 2003.