Zidane tidak tolak kemungkinan bawa Neymar ke Real

Oleh Penulis Jemputan 18 November 2017 3764
Zidane tidak tolak kemungkinan bawa Neymar ke Real
Zinedine Zidane enggan menolak kebarangkalian untuk membawa Neymar menyertai Real Madrid. 

Bintang Brazil itu menjadi pemain termahal dunia selepas meninggalkan Barcelona untuk menyertai gergasi Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG), Ogos lalu.

Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu telah dilaporkan bakal kembali ke Sepanyol, kali ini ke Santiago Bernabeu dan Zidane berpendapat beliau akan berusaha sehabis mungkin untuk membawanya pada masa akan datang.

"Neymar seorang pemain yang berkualiti, ia adalah sesuatu yang tidak dinafikan.

"Saya memiliki barisan pemain terbaik dunia. Buat masa ini, saya berusaha untuk mencipta keputusan yang positif bersama pasukan. Tetapi untuk masa akan datang, tidak mustahil Neymar menyertai kami," kata Zidane.

Neymar membantu PSG mendahului saingan Ligue 1, dengan berjaya mencipta tujuh gol dalam lapan perlawanan.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen