Zidane: Madrid mahu menangi Piala Dunia Kelab

Oleh Penulis Jemputan 12 Disember 2017 1044
Zidane: Madrid mahu menangi Piala Dunia Kelab
Zinedine Zidane berkata Real Madrid mahu menambah koleksi trofi Piala Dunia Kelab sebelum berjuang untuk mengekalkan kejuaraan La Liga dan mahkota Liga Juara-Juara Eropah.

Juara dua kali itu akan bertemu dengan Al Jazira dalam separuh akhir di Stadium Bandar Sukan Zayed di Abu Dhabi, Khamis ini.

Madrid berminat bagi mendapatkan gelaran ketiga musim ini setelah meraih Piala Super UEFA dan Supercopa de Espana.

"Ia tidak akan mudah dan tahun lepas, kami berdepan banyak masalah sebelum kami berjaya memenanginya," kata Zidane.

"Tidak akan ada perlawanan senang. Kami mempunyai masa untuk bersiap sedia bagi perlawanan itu dan ia tiada alasan.

"Ini adalah kalendar pertandingan dan sesiapa yang kami hadapi, kami perlu melihat apa yang kami perlu lakukan.

"Jatuh naik adalah perkara biasa tetapi apa yang kami lakukan setakat ini sangat positif. Kami sudah memenangi dua gelaran dan kami cuba memenangi yang ketiga.

"Selepas ini kami akan mempunyai enam bulan untuk berjuang dalam La Liga dan Liga Juara-Juara," katanya.

Madrid menduduki tangga keempat dalam La Liga selepas 15 perlawanan, lapan mata di belakang pendahulu, Barcelona.

Mereka akan berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara pada 15 Februari dan 7 Mac depan.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen