Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, membenarkan Jesus Vallejo untuk terus mewakili Granada bagi mengharungi musim 2020-21.

Pertahanan tengah berusia 23 tahun itu telah bergelut untuk mengukuhkan posisinya di Santiago Bernabeu apabila sekadar membuat 12 penampilan dalam LaLiga bersama Los Blancos sejak ditandatangi daripada Real Zaragoza pada Julai 2015.

Sejak itu, bekas pemain B-21 Sepanyol tersebut pernah dipinjamkan ke Zaragoza, Eintracht Frankfurt, Wolves dan Granada sejak Januari lalu atas jaminan aksi dalam kesebelasan utama.

Sejak tiba di Granada, dia telah membuat 11 penampilan untuk pasukan asuhan Diego Martinez itu terus menagih khidmatnya musim depan.

Mereka meraih tangga ketujuh pada musim lalu susulan dipromosi daripada Divisyen Segunda Division pada 2018-19.

Zidane mempunyai ramai pilihan di bahagian benteng, justeru khidmat Vallejo tiada dalam percaturannya.

Satu kenyataan pendek daripada Madrid mengesahkan pinjaman itu sementara Vallejo, menerusi Twitter, menyatakan kegembiraannya untuk kembali ke pangkuan kelab berkenaan.

Kenyataan Madrid itu berbunyi: "Real Madrid CF dan Granada CF sepakat untuk meminjamkan pemain, Jesus Vallejo, bagi musim depan hingga 30 Jun 2021."