Perancis bakal menyasarkan Zinedine Zidane untuk menggantikan Didier Deschamps apabila jurulatih juara dunia itu meninggalkan skuad kebangsaan, demikian didedahkan oleh Presiden Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF), Noel Le Graet.

Pengurus Real Madrid, Zidane, telah dikaitkan dengan jawatan mengendalikan pasukan Perancis sejak sebelum ini, namun beliau kembali ke Santiago Bernabeu tahun lalu.

Deschamps pula, yang membimbing skuad Perancis sejak 2012, menandatangani kontrak lanjutan tahun lalu yang akan mengekalkannya sehingga Piala Dunia 2022.

Deschamps sebelum ini telah menamakan Zidane sebagai penggantinya dan Le Graet turut berminat dengan pengendali Los Blancos itu.

"Hari Deschamps mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui kontraknya, jika Zidane boleh didapati pada masa itu, beliau adalah pilihan tepat untuk tugas tersebut," kata Le Graet kepada Canal+.

Peluang itu boleh hadir seawal tahun 2022 apabila kedudukan Deschamps selepas tamat Piala Dunia Qatar masih lagi tidak ditentukan.

"Deschamps masih akan bersama pasukan sehingga saingan di Qatar. Selepas itu saya tidak tahu," katanya.

Deschamps dan Zidane memenangi Piala Dunia 1998 bersama-sama sebagai pemain sebelum bekas jurulatih Juventus itu meraih kejayaan dua tahun lalu di Russia.

Zidane memenangi tiga gelaran Liga Juara-Juara berturut-turut ketika membimbing Real sebelum kembali bersama pasukan ketika gergasi LaLiga itu yang sedang bergelut tahun lalu.




Editor: Ammar Hakim