Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps, percaya pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, akan mengemudi skuad Les Bleus satu hari nanti.

Zidane kini menguruskan Los Blancos buat kali kedua selepas kembali ke Madrid pada Mac lalu setelah meletakkan jawatan pada Mei 2018 susulan kejayan menjulang tiga trofi Liga Juara-Juara Eropah dan satu kejuaraan LaLiga.

Bekas kapten Perancis itu, yang memenangi Piala Dunia 1998, dikatakan menjadi calon untuk menggantikan Deschamps satu hari nanti.

Tatkala Deschamps masih kekal selaku pengurus Perancis untuk mengemudi pasukan menghadapi Piala Dunia 2022 susulan kejayaan dalam kempen Russia 2018, jurulatih berusia 51 tahun itu mempertahankan Zidane untuk menggantikannya.

"Jurulatih seterusnya seharusnya Zidane," katanya.

"Sampai satu masa, ia akan jadi miliknya."

Deschamps melanjutkan kontraknya sehingga 2022 selepas Perancis mengatasi Croatia dalam final Piala Dunia tahun lalu.

Bekas pengurus Monaco, Juventus dan Marseille itu juga mengemudi Perancis mara ke final Euro 2016 sebelum tewas di tangan Portugal di laman sendiri.

Deschamps akan menghadapi saingan Euro 2020 tatkala Perancis diundi dalam Kumpulan F bersama Portugal, Jerman dan satu pemenang play-off.

"Apabila anda bergelar jurulatih, tiada had umur," tambahnya.

"Keputusan yang akan membuatkan anda bertahan."