Zico optimis Atalanta mampu ke final UCL

Oleh Ammar Hakim 6 April 2020 165
Zico optimis Atalanta mampu ke final UCL
Atalanta mampu meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dan melangkah ke final, menurut Zico.

Skuad Serie A itu memiliki elemen kejutan musim ini, bangkit daripada tiga kekalahan aksi peringkat kumpulan untuk mara ke pusingan kalah mati dalam penampilan pertama kejohanan bertaraf Eropah itu.

Mereka kemudian mengatasi Valencia 8-4 secara agregat -- menang kedua-dua perlawanan dalam aksi pusingan 16 -- untuk mara ke suku akhir sebelum saingan ditunda ekoran penularan koronavirus.
Prestasi mereka sememangnya telah menarik perhatian Zico, legenda Brazil itu meletakkan Atalanta seiring dengan Atletico Madrid -- yang menyingkirkan penyandang juara Liverpool untuk ke suku akhir -- dan Manchester City sebagai calon untuk bergelar juara.

"Bulan lalu, saya mengatakan Liverpool adalah pilihan juara UCL, tetapi prestasi mereka menurun dan telah disingkirkan," kata Zico.

"Kini Atletico yang dikendalikan Diego Simeone antara calon juara. Apabila anda menewaskan juara bertahan, ia memberikan semangat untuk anda terus berusaha untuk melangkah ke final. Saya percaya Manchester City dan Pep Guardiola antara yang terbaik.

"Bagi pasukan dari Itali, saya pilih Atalanta. Mereka bermain dengan cemerlang dan turut mampu ke final.

"Sukar untuk mengatasi Atalanta, Manchester City telah menyedarinya."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen