Pemain tengah yang menjadi buruan ramai, Nicolo Zaniolo, menandatangani kontrak jangka panjang baru dengan Roma.

Pemain berusia 20 tahun itu, yang mencipta kesan besar dalam kempen pertamanya di Stadio Olimpico, menandatangani perjanjian untuk kekal sehingga Jun 2024.

Dia menyertai Roma dalam sebahagian daripada perjanjian pertukaran pemain yang menyaksikan Radja Nainggolan menuju ke Inter tahun lalu dan melakukan 36 penampilan musim lalu dengan menyumbat enam gol.

Tottenham dan Bayern Munich merupakan kelab yang dikaitkan dengan pemain yang telah dua kali mewakili Itali itu, namun komited dengan masa depannya di Roma.

Zaniolo, yang tiba di Rom tanpa pernah terbabit dalam aksi Serie A, memberitahu laman sesawang kelab itu: "Setahun yang lalu, ia menjadi keputusan yang mudah untuk memilih Roma dan hari ini, ia menjadi lebih mudah -- selepas semusim, saya jatuh cinta dengan pasukan dan bandar ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kelab kerana memberi peluang kepada saya untuk berasa lebih dekat dengan seragam ini. Inilah yang saya impikan."

Berita tentang perjanjian baru Zaniolo itu menjadi tonik buat Roma menjelang aksi pembukaan Serie A menentang Genoa, minggu depan.