Zaniolo mampu raih Ballon d'Or

Oleh Ammar Hakim 3 Ogos 2020 741
Zaniolo mampu raih Ballon d'Or
Bintang Roma, Nicolo Zaniolo, berpotensi untuk memenangi Ballon d'Or, menurut bekas ketua jurulatih The Giallorossi, Fabio Capello. 

Pemain tengah berusia 21 tahun itu menyerlah dalam Serie A sejak saingan bersambung selepas penangguhan Covid-19, selepas musimnya sebelum ini terbantut ekoran kecederaan ligamen lutut, Januari lalu.

Zaniolo mempamerkan aksi cemerlang ketika meraih kemenangan 3-1 ke atas Juventus Sabtu lalu, menjadikan aksi pertamanya sejak 12 Januari lalu dengan satu bantuan jaringan buat jaringan kedua Diego Perotti.

Capello percaya pemain kebangsaan Itali itu merupakan bakat yang sukar ditemui dalam dunia bola sepak.

"Zaniolo memiliki kekuatan fizikal yang luar biasa," katanya.

"Dia bukan hanya berpotensi untuk meraih Kasut Emas Eropah, tetapi dia mampu meletakkan aspirasi yang lebih tinggi, untuk meraih Ballon d'Or. 

"Saya sangat menggemari permainan Zaniolo. Dia menampilkan permainan fizikal, kualiti dan pantas di tahap tinggi."

Zaniolo, yang berhijrah dari Inter pada 2018, telah membuat 32 penampilan dalam semua pertandingan buat Roma bagi musim 2019-20. 

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen