MALAYSIA 1 BRUNEI 0

Skuad B-19 negara sekadar menundukkan Brunei 1-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan F pusingan kelayakan Kejohanan AFC 2019 yang berlangsung di Korea Selatan, sebentar tadi.


Selepas menundukkan Timor Leste 3-1 dalam perlawanan pertama, skuad kebangsaan dilihat sukar untuk menembusi keampuhan benteng pasukan lawan, yang sebelumnya sudah melepaskan banyak gol dalam dua perlawanan.

Keputusan pengendali, Bojan Hodak, untuk merehatkan beberapa tonggak utama seperti Hadi Fayyadh Abdul Razak dan Nik Akif Syahiran Nik Mat ternyata membuatkan jentera serangan Malaysia kelihatan buntu untuk mencipta jaringan.

Biarpun menguasai hampir keseluruhan perlawanan, Malaysia gagal untuk menggunakan setiap kesempatan di depan gol, sehingga Muhd Zafuan Azeman berjaya melakukan rembatan dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol lawan pada minit ke-75 untuk memberikan gol kemenangan buat skuad negara.

Malaysia bakal menyambung aksi ketiga menentang Indonesia pada Isnin, sebelum menamatkan aksi kelayakan berdepan cabaran getir Korea Selatan selaku tuan rumah, dua hari kemudian.