Witan tagih kudrat Egy

Oleh Staff Writer 3 Julai 2018 188
Witan tagih kudrat Egy
Penjaring gol tunggal Indonesia, Witan Sulaeman, tetap mengharapkan kehadiran penyerang berbisa, Egy Maulana Vikri, untuk membantu kempen tuan rumah dalam Kejohanan Bola Sepak AFF Bawah 19 Tahun.

Indonesia akan menentang Singapura dalam aksi kedua Kumpulan A, malam ini dan juara edisi 2013 itu akan turun memburu kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Laos 1-0 dalam aksi pembukaan.

Tumpuan pasti terarah kepada Witan yang meledak gol tunggal ketika skuad kendalian Indra Sjafri itu masih lagi mengharapkan kepulangan Egy yang beraksi dalam Liga Poland.

Malah, keyakinan Indonesia meningkat selepas Singapura tewas dalam aksi pembukaan di tangan Filipina.

"Ia bergantung kepada jurulatih tetapi bagi saya, khidmat Egy masih kami perlukan. Saya telah bermain bersamanya sejak berusia 16 tahun," kata Witan.

Dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir sambil Malaysia diletakkan antara pasukan pilihan daripada Kumpulan B.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen