Wira Real Madrid bangkang VAR 

Oleh Penulis Jemputan 14 Disember 2017 2875
 Wira Real Madrid bangkang VAR 
AL JAZIRA 1 REAL MADRID 2

Gareth Bale mempersoalkan kelebihan sistem video pembantu pengadil (VAR) selepas menyelamatkan maruah Real Madrid dalam kemenangan 2-1 ke atas Al Jazira dalam separuh akhir kempen Piala Dunia Kelab, malam tadi. 


Pemain antarabangsa Wales itu tampil dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan dengan sentuhan pertamanya pada minit ke-81 di Abu Dhabi, selepas Cristiano Ronaldo terlebih dahulu telah mengimbangi gol pembukaan Romarinho.

Kedua-dua pasukan itu mencetak gol yang tidak dibenarkan melalui VAR selepas Casemiro dinafikan gol pembukaan manakala jaringan Mbark Boussoufa untuk gol kedua Al Jazira dibatalkan akibat ofsaid. 

"Secara jujurnya, saya tidak sukakan VAR," kata Bale. "Bola sepak lebih baik tanpanya tetapi itulah pendapat saya."

Ia adalah penampilan kedua Bale sejak September lalu selepas bergelut dengan masalah betis.

"Apabila anda masuk dari bangku simpanan, anda mahu menjadi penentu dalam permainan," katanya.

"Saya perlu memperbaiki permainan sendiri tetapi anda perlu bersabar dan saya perlu mendengarkan fizikal saya.

"Ia akan mengambil masa tetapi saya akan bekerja keras."

Real Madrid akan menghadapi Gremio dalam perlawanan akhir hujung minggu ini. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen