DINAMO ZAGREB 4 ATALANTA 0

Mislav Orsic memuji kemenangan 4-0 Dinamo Zagreb ke atas Atalanta, awal pagi tadi, sambil menyifatkan ia sebagai kejayaan terbesar mereka dalam Liga Juara-Juara (UCL).


Orsic meledak hatrik selepas Marin Leovac terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk menghantar Dinamo ke puncak Kumpulan C dengan gaya yang mengagumkan.

Skuad bimbingan Nenad Bjelica itu akan menghadapi Manchester City -- yang mengalahkan Shakhtar Donetsk 3-0 -- justeru Orsic mahu memastikan mereka meneruskan momentum kemenangan aksi pembukaan itu dalam perlawanan berikutnya.

"Ini adalah prestasi terbaik Dinamo Zagreb dalam UCL dan Liga Europa," katanya.

"Tetapi ini adalah satu langkah kecil bagi kami. Kami perlu meneruskan rentak ini dan melihat apakah yang kami boleh mencapai kejayaan yang besar.

"Kami menonjolkan permainan yang sangat baik, ia adalah satu persembahan yang sangat baik. Kami mengubah formasi sempena perlawanan ini dan saya fikir kami memerangkap lawan dengan kejutan."

Kapten Dinamo, Arijan Ademi, menambah: "Ini adalah satu keajaiban, apa yang boleh saya katakan?

"Ia terhasil daripada sumbangan semua orang dalam pasukan ini. Saya sukar untuk menyatakan batas kami ketika ini. Sejak awal perlawanan lagi, kami telah menunjukkan kepada mereka bahawa ini adalah laman kami."

Pemain tengah Atalanta, Marten De Roon, mengakui kekalahan itu amat memeritkan tetapi berasakan persembahan awal pagi tadi itu tidak mencerminkan keupayaan sebenar mereka.

"Ini bukan Atalanta yang sebenar. Kami menderita dan tewas dengan teruk," katanya.

"Kami memberikan segala yang ada dan adalah sukar untuk menganalisis apa yang kami hilang, ia menyakitkan."