Pengurus England, Gareth Southgate, percaya Jack Wilshere telah diberikan peranan yang salah ketika bersama Arsenal.

Wilshere tidak disenaraikan dalam skuad England bagi menghadapi aksi persahabatan menentang Brazil dan Jerma, selepas hanya melakukan penampilan selama 25 minit pada musim ini.

Dia mengalami episod kecederaan yang panjang sebelum in, tetapi perkara yang lebih membimbangkan Southgate adalah posisi yang diberikan kepada Wilshere.

"Wilshere beraksi di belakang penyerang bersama Bournemouth sepanjang musim lalu," kata Southgate.

"Itu bukan gaya permainan kami. Apabila kami mempunyai pemain di posisi itu seperti Dele Alli dan Adam Lallana, mungkin corak itu akan digunakan tetapi bukan esok.

"Saya tidak rasa Wilshere bermain di posisi itu. Dia seorang pemain yang lebih ke bawah dan anda perlu bertanya kepada Arsene Wenger tentang situasi itu," katanya.

"Saya suka untuk memberitahu bahawa saya sukakan gaya permainan Wilshere kerana dia sangat berbakat dan memiliki kemahiran individu sambil berharap dapat menyenaraikannya selepas ini," tambah Southgate.