Wilmots tinggalkan Ivory Coast dengan aib

Oleh Penulis Jemputan 16 November 2017 881
 Wilmots tinggalkan Ivory Coast dengan aib
Marc Wilmots mengucapkan terima kasih kepada pemain, peminat dan pegawai Ivory Coast selepas dia mencapai kesepakatan untuk melepaskan jawatan sebagai jurulatih susulan kegagalan Les Elephants meraih tiket ke Piala Dunia 2018. 

Ivory Coast tidak pernah terlepas pusingan akhir sejak 2002, namun gagal ke temasya Russia 2018 apabila tumpas 2-0 kepada Maghribi dalam aksi Kumpulan C zon CAF, Sabtu lalu.

Semalam, Persekutuan Bola Sepak Ivory mengumumkan Wilmots tidak akan meneruskan peranannya sebagai jurulatih selepas pertemuan kedua-dua pihak, awal minggu ini.

Bekas jurulatih Belgium itu memikul tanggungjawab berkenaan dalam tempoh hampir lapan bulan ketika mengambil alih Ivory Coast yang pada ketika itu berada di persada kumpulan. Justeru, dia mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada pemain, peminat dan pegawai atas sokongan mereka.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat, pemain, kakitangan dan pegawai Ivory Coast, saya mengucapkan selamat maju jaya pada masa depan," katanya.

 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen