Wenger: Perez perlu ambil peluang sebaik mungkin

Oleh Dejan Kalinic 25 Oktober 2016 1
Wenger: Perez perlu ambil peluang sebaik mungkin

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, percaya Lucas Perez mampu menjadi pemain terbaik kelab tetapi memberitahu penyerang itu untuk mengambil peluang dengan sebaik mungkin.

Pemain kelahiran Sepanyol itu hanya membuat tiga penampilan dalam aksi Liga Perdana Inggeris sejak berpindah ke Stadium Emirates dari Deportivo La Coruna pada Ogos.

Jaringan tunggalnya hadir ketika berdepan Nottingham Forest dalam aksi Piala EFL, dan dia bakal menerima satu lagi peluang ketika berdepan Reading.

Wenger ingin melihat pemain berusia 28 tahun itu menyempurnakan peluang ketika berdepan Reading nanti.

"Dia telah beraksi dengan baik ketika berdepan Ludogorets kerana hadir sebagai pemain gantian dan melakukan dua bantuan jaringan," kata Wenger.

"Perez mempamerkan kualiti yang sama seperti pemain lain ketika bertemu Middlesbrough dan gagal mencipta sebarang impak kerana seluruh pasukan gagal bermain dengan baik.

"Saya percaya dia mampu menjadi pemain yang hebat untuk kami. Perez terus mempamerkan potensi dalam sesi latihan, sekarang dia perlu melakukannya dalam perlawanan sebenar."

Perez menjaringkan 17 gol dalam aksi La Liga dan menjangkakan lebih masa bermain di Arsenal.

Tentang Penulis

Dejan Kalinic

Komen