Wenger kagum pencapaian Giroud

Oleh Penulis Jemputan 29 September 2017 266
Wenger kagum pencapaian Giroud
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, menyatakan rasa kagumnya terhadap Olivier Giroud selepas penyerang itu menjaringkan golnya yang ke-100 buat pasukan ketika menewaskan BATE dalam aksi Liga Europa, awal pagi tadi.

Penyerang Perancis itu menjaringkan gol ketiga The Gunners menerusi sepakan penalti pada minit ke-49 untuk membantu Arsenal mencatat kemenangan 4-2 ke atas wakil Belarus itu.

Dia banyak digunakan sebagai pemain gantian pada musim ini, namun ia tidak menghalang pemain berusia 30 tahun itu mencatat jaringan pertama dalam kejohanan. 

Giroud menjadi pemain ke-19 yang berjaya menjaringkan 100 gol buat Arsenal dan dia melakukannya lebih pantas daripada Dennis Bergkamp dan Robin van Persie.

"Saya begitu teruja dengan Giroud dan amat kagum dengannya.

"Ia adalah satu penghormatan dan pencapaian yang hebat. Bukan mudah untuk meraihnya tetapi Giroud membuktikan bahawa dia layak," kata Wenger.

Dalam masa sama, Wenger turut memuji aksi pemain-pemain muda yang beraksi dengan baik di Borisov Arena seperti Ainsley Maitland-Niles, Reiss Nelson, Joe Willock serta Jack Wilshere.

"Kesemua mereka beraksi dengan bagus.

"Segala-galanya disebabkan faktor kualiti yang mereka miliki dan hasil daripada tunjuk ajar dari bahagian bawah seperti Per Mertesacker dan Shkodran Mustafi."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen