Wenger bersedia dengan undian sukar peringkat 16 terakhir

Oleh Staff Writer 7 Disember 2016 2
Wenger bersedia dengan undian sukar peringkat 16 terakhir
BASEL 1 ARSENAL 4

Walaupun menduduki tempat teratas dalam Kumpulan A, pengurus Arsenal, Arsene Wenger, bersedia dengan undian sukar dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah.


Penyerang dari Sepanyol, Lucas Perez, menjaringkan hatrik ketika Arsenal menewaskan Basel 4-1 di Switzerland, awal pagi tadi.

Kemenangan komprehensif dan keputusan seri Paris Saint-Germain (PSG) yang mengejutkan ketika bertemu Ludogorets, meletakkan Arsenal sebagai pendahulu Kumpulan A.

Juara kumpulan A itu berkemungkinan menentang Bayern Munich atau Bayer Leverkusen manakala juara bertahan, Real Madrid, dan Borussia Dortmund masih menunggu siapakah lawan mereka.

Walau apa jua yang bakal berlaku, Wenger bersiap sedia untuk menghadapi undian yang sukar dengan kelab Liga Perdana Inggeris (BPL) itu mensasarkan untuk melepasi peringkat 16 terakhir buat kali pertama sejak 2009-10.

"Saya tidak tahu siapa yang bakal menjadi lawan kami," kata pengurus dari Perancis itu.

"Kami masih boleh berdepan dengan undian yang sukar. Bagaimanapun, ia akan menjadi kurang rasa bersalah apabila kami menamatkan perlawanan dengan kemenangan.

"Anda rasa anda telah melakukan kerja dengan baik dan boleh bermain perlawanan kedua di laman sendiri. Jadi, kami perlu melakukannya. Tetapi seri tidak banyak berbeza (dari segi potensi lawan), buat masa ini.

"Saya tidak boleh merungut. Saya pernah melalui malam yang sukar dalam bola sepak tetapi malam ini merupakan malam yang terbaik. Secara keseluruhan, kami datang ke sini untuk melakukan tugas kami dan bermain dengan sehabis baik.

"Selain itu, kami juga bernasib baik hasil daripada keputusan seri PSG, jadi ia malam yang cukup positif untuk kami."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen