Wenger berang aksi longlai Gunners

Oleh Penulis Jemputan 24 November 2017 1183
Wenger berang aksi longlai Gunners
Arsene Wenger jelas tidak gembira selepas Arsenal tewas 0-1 di tangan Cologne dalam saingan Liga Europa, awal pagi tadi walaupun menguasai hampir keseluruhan perlawanan.

Arsenal tetap mara ke pusingan seterusnya selepas satu lagi pertemuan melibatkan BATE dan Red Starr Belgrade di Belarus sekadar seri tanpa jaringan, meletakkan Gunners berada di puncak carta Kumpulan H.

Bagaimanapun, Wenger berang apabila lawan lebih bijak memanfaatkan peluang untuk mencatat jaringan meskipun sekadar meraih satu peluang untuk melakukan percubaan selain daripada gol hasil sepakan penalti Sehrou Guirassy.

"Kami tewas kepada lawan yang hanya memiliki satu percubaan jika sepakan penalti tidak diambil kira," kata Wenger.

"Jack Wilshere mencipta peluang untuk meraih gol. Begitu juga Danny Welbeck dan Olivier Giroud. Malangnya, kami gagal memanfaatkan peluang yang ada," katanya.

Dalam masa sama, Wenger melaungkan keyakinan bahawa kejayaan pasukannya layak ke pusingan seterusnya ketika masih berbaki satu lagi perlawanan adalah bukti mereka telah mencapai misi ditetapkan.

"Anda dapat rasakan anda telah menyempurnakan tugasan apabila berada di puncak carta dalam kumpulan. Kami akan menentang BATE di tempat sendiri dalam aksi terakhir," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen