ARSENAL 2 PSG 2

Arsene Wenger mengakui Arsenal kini melalui satu lagi kemelut November selepas seri 2-2 menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.


The Gunners bertindak balas daripada gol awal Edinson Cavani dengan mendahului 2-1 di Stadium Emirates, selepas penalti yang diambil Olivier Giroud dan gol sendiri Marco Verratti.

PS, kemudian merampasnya dengan mengikat kedudukan hasil tandukan Lucas Moura.

Ini bermakna Arsenal jatuh di belakang PSG dalam perebutan tempat teratas Kumpulan A berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan, di mana mereka seri berturut-turut dalam tiga perlawanan terakhir.

Wenger -- yang pasukannya sering bergelut dengan prestasi pada November -- lebih berminat untuk menyerlahkan 18 perlawanan tanpa kalah mereka tetapi mengakui bahawa momentum sudah tiada.

"Kami tidak tewas tetapi kami kehilangan momentum kemenangan sedikit tetapi kami bermain menentang pasukan yang baik," katanya. "Saya percaya saya perlu berhati-hati dengan pilihan kata-kata saya. (Kalau) Saya bercakap 'gagap' dan ia datang kembali pada saya.

"Kami mempunyai kekuatan yang istimewa dalam skuad, konsisten dalam keputusan. Kami tidak pernah kalah dalam 18 perlawanan. Kadang-kadang anda perlu menempuhi badi apabila kurang menang. Tetapi kami perlu teruskan tanpa kalah dan mengubah seri kepada menang. Tiada sebab untuk panik. "

Clipboard023

Jika menamatkan saingan kumpulan di tangga teratas, Arsenal akan beraksi di gelanggang sendiri dalam perlawanan kedua saingan 16 pasukan terakhir selain berkemungkinan mengelak diundi untuk bertemu pasukan pilihan.

Untuk itu, keputusan mereka perlu lebih baik daripada PSG dalam perlawanan keenam bagi memiliki peluang merampas tempat teratas. Bagaimanapun, Wenger enggan meletakkan harapan itu.

"Kami (di tempat) kedua tetapi ia belum berakhir," katanya. "Kami mempunyai peluang 90 peratus untuk menamatkan saingan di tempat kedua tetapi kami tidak tewas dalam permainan. Secara keseluruhan, kami telah melakukan kerja dengan baik.

"Kelebihan jika anda tamat di tempat pertama adalah boleh bermain di tempat sendiri dalam perlawanan kedua. Kami mempunyai satu permulaan yang sangat kukuh pada separuh kedua dan dominan tetapi kemudian (kekuatan) kami diturunkan."