Wasiu mungkin ke Selangor

Oleh Staff Writer 23 Oktober 2017 6211
Wasiu mungkin ke Selangor
Penyerang import UiTM FC, Akanni Sunday Wasiu, mengesahkan bahawa dia sedang berunding dengan beberapa pasukan Liga Super, dengan Selangor mungkin menjadi salah satu destinasinya pada musim depan.

Bukan satu lagi rahsia, Wasiu menjadi buruan kebanyakan pasukan selepas mempamer aksi cemerlang bersama UiTM dengan meledak 24 jaringan musim ini.

Penyerang dari Nigeria itu mendedahkan Selangor menjadi salah satu pasukan yang berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Namun, dia belum membuat sebarang keputusan kerana dalam masa sama terdapat beberapa pasukan lain turut berbincang dengannya.

"Selangor adalah bandar kami, mereka berjumpa setiap kali saya bermain menentang mereka. Saya juga ada kawan di sana.

"Mereka adalah pasukan rakan kepada pasukan kami, bukan sahaja Selangor tetapi juga beberapa pasukan lain.

"Saya mahu bermain dengan pasukan yang mengalu-alukan kedatangan saya seperti UiTM lakukan. Ia membuatkan saya seperti di tanah air sendiri," katanya.

Seorang lagi pemain import UiTM, Do Dung-Hyun, juga difahamkan sedang berada dalam radar Melaka.

Bagaimanapun, bekas pemain Brisbane Roar dan East Bengal itu belum bersedia mendedahkan ke mana hala tujunya walaupun sudah mendapat beberapa tawaran lumayan daripada pasukan lain.

"Kenapa tidak? Sebagai pemain, anda mahu bermain pada tahap setinggi boleh. Kalau ada peluang, saya mahu bermain dalam Liga Super," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen